Sunday, June 26, 2011

Berapa Bijik?

Asslamualaikum...

hmm lebih kurang seminggu lebih da aku tak update blog... tak de cite menarik... sehingga la tadi aku terbace satu cerita dalam majalah SOLUSI dalam slot 'ANGGUK GELENG'....

alkisah...

seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun:"kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat?"


sepantas kilat pelajar tu menjawab dengan yakin: "empat."

guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah tiga. "mungkin dia tidak mendengar dengan baik," bisik guru itu.
guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya itu mendengar dengan teliti.

murid tersebut yang dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu mula mengira dengan jari. kali ini dihitung lama-lama, dengan harapan agar jawapan yang diberikan dapat membuatkan guru nya gembira, bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat. tanpa ragu-ragu, diulang jawapan yang sama, "empat, cikgu!"

gurunya masih kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. kemudian dia teringat bahawa muridnya itu amat menggemari buah strawberi, maka diubah sedikit soalan itu. "kalau cikgu bagi kamu sebiji strawberi, sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah strawberi yang kamu miliki?"


murid tersebut mengira lagi dengan jarinya. "tiga, cikgu!"

kali ini jawapannya tepat. wajah guru tersebut berseri-seri. "bagus. tepat sekali jawapan kamu tu"
"sekarang, kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat?" soalan awal diulang lagi buat kali ketiga, namun jawapan yang diberikan tetap empat.

kali ini si guru sudah hilang sabar. disoalnya murid itu dengan marah: "macam mana kamu dapat jawapan empat pula ni?!"


dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab: "sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya, cikgu."
Pengajaran: mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang berbeza, tetapi jangan sesekali mendengar dengan satu tenggapan yang sudah dijangka. jadi, dengarlah dengan matahati malah jika berbeza pendapat, tidak bermakna satu pihak betul dan satu lagi pihak salah. boleh jadi kedua-dua pihak betul atau kedua-dua pihak salah.

sekian, wasalam... ^_^

Monday, June 13, 2011

"cuti sudah abih bro" -Aaron Aziz

assalamualaikum...

bak kata Aaron Aziz, "cuti sudah abih bro" dalam cite kl gangster yg telah ditayang kan dipawagam yg berhapiran... saya setuju dengan kate2 awak aaron aziz! memang cuti saya da abih! dan hari ni first day sekolah setelah 2 minggu bercuti... oleh kerana sangat penat, balik je umah tengah hari tadi, terus pi landing dalam bilik... "krohh... krohh" untuk seketika... first day sekolah da penat... apada...

ni cek nak cita sikit pasai projek cuti sekolah baru ni... cek buat kraf tangan sikit... hehehe... bukan ape, hanyalah untuk mengisi masa lapang selain tengok cite korea... :D



ni la benda nya


ni guna kain flener

er satu tertinggal lak masa bergambar 'ramai2'

cun tak? cun tak? cun kan!! hehe

idea ni ade la cikit2 amik drpd fb- DRECCA DESIGN ... ni la karya2 Drecca Design... satu ari nnt aku akan wat sume tu... ! ^^


wow chantek nyew! *o*

ok la tu je la yang aku nak share ngan korang... bubye!

wassalam

Friday, June 10, 2011

2 hari meng'hilang' ke PENANG!

Assalamualaikum...

"dua hari menghilang ke penang" bergitu la status ku di fb sebaik saja pulang dr Penang semalam... yang plan nak pi penang ni kakak... eksaited sangat nak pi sebab trip ke penang yg lepas die tak dapat ikot... so kali ni die nak sponser duit tol untuk ke penang ni (mentang2 da keje, nak sponser2 pulak :P)... kire 'memaksa' la ni sampai men'sponser' bagai... ape2 pon semua setuju lagi2 aku sebab boring asik dok umah jew 2 minggu cuti nie... hehe... abang pulak sponser duit minyak... erm aku sponser perut untuk nasi kandar... kikikiki

kitorang pegi penang ari selasa, balik ari rabu... 2hari 1 malam je... tapi best ar... banyak tempat jugak la kitorang cover... bergambar pon banyak!!


kitorang ke pulau pinang naik feri! nyaman!


check-in hotel


pas check-in hotel, kitorang ke QWEENSBAY! best2!


posing dlu sebelum masok QWEENSBAY mall.. :D


malam pulak pi pekena 'pesembok' kat Padang Kota...sedapp!... tapi harga disana, uih! tok sah habak la... memang kawW pun ya!

duduk la kita di bawah lampu neon...
ni la dia KOMTAR!


keesokan hari nya, pi la ronda2 penang cari jerok bawak balik KL...
'er abang kenapa nampak nak cepat je? -.-'

ha tengok tu servinior..! murah tuu..

tengok la! tengok la! aku beli belon! best nye main tiup2!!

lepas check-out, kitorang ke BATU FERINGGI tuk makan laksa penang... laksa nya, booole la tahan... tak de la sedap mane...

pas makan kitorang main2 kat pantai jap... suka2!

pas wat solat jamak kitorang terjumpa MASJID TERAPUNG! sangat indah permandangan disini..!


posing-posing!


ni la masjid terapung nya! cun kan?


n lastly kitorang pi makan nasi kandar kat restoran 'LINE CLEAR'
memang klo kitorang pi penang je kitorang akan masak kat restoran ni... memang best gile! cuba la! memang klo makan kat sini, memang akan teringat2 nnt balik KL! :D. .


hmm tiba lah masa pulang!! uhuks! bye penang!!!


memang penang destinasi pelancongan yang best la bagi aku. bole shopping sakan! masjid dia sume nye bersih! clean n clear wa cakap sama lo! kalo tak caya pi la penang sendiri... dan yang paling penting, makanan dia best2 belaka! hehe k la sampai di sini saja! byeeee!!!!

wasalam

Friday, June 3, 2011

Sweet Sour 6teen!

assalamualaikum...

mari kite nyanyi sama2 untuk birthday aku!

MALAY
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan pemilik blog STRAWBERRY SMILE ini...
Allah selamatkan kamu...

ENGLISH
happy birthday to u...
happy birthday tu u...
happy birthday to CUTEGURL...
happu birthday to u...

INDON
tiup lilin nya...
tiup lilin nya...
tiup lilin nya sekarang...
sekarang juga....
(ni klo ade kek n lilin la)

KOREAN
saeng il chuk ha ham ni da...
saeng il chuk ha ham ni da...
saranghaneun IMAN shi...
saeng in chuk ha ham ni da...


Pada tarikh 3 Jun 1995, lahirlah seorang bayi perempuan yang sungguh comel iaitu aku! hehe terperasan la pulak... hari ni usia ku telah meningkat dari 15 tahun ke 16 tahun... so kene la perangai tu makin matang dan 'cerdik' sikit... tepat jam 12 tengah malam semalam, berpusu2 la comment daripada kawan2 masuk kat profile facebook aku dengan ucapan "selamat hari jadi!'' dan "happy birthday!".. jenuh la aku membalas nya satu persatu... ada jugak yang mesej guna fon... best la jugak dapat 'wish' daripada mereka2 ni... nak hadiah daripada dorang pon tak boleh memandangkan sekarang tengah cuti sekolah... kalu tak cuti boleh la dorang bagi hadiah kat sekolah... hmm nak wat cam ne da nasib badan 'birthday' mase cuti... redo je la... hehe tapi tak pe la nanti aku kuar beli hadiah bagi kat diri sendiri... lagi best! okey la sampai sini jew la... korang doa2 kan la aku sekali ye... ^_^ ha lagi satu, tengkiu sebab nyanyi kat aku! hehe

wasalam


Thursday, May 26, 2011

Polis Perompak


assalamualaikum...



habis sudahh periksa pertengahan tahun yang telah berlangsung selama 2 minggu setengah... actualy 2 hari lepas da abih da periksa... so semalam dan hari ni, main jew la kat sekolah... hahaha... nak dijadikan cite, pagi tadi macam2 berlaku kat skola...

masuk je kelas, first2 aku bukak novel... pastu cikgu akaun masok... kitorang bincang ar jap kertas periksa akaun paper 2... pastu buat keje masing2... dalam pada buat keje masing2 tu, ada sorang cikgu ni datang kelas nak pinjam 2 orang pelajar suruh tolong dia jap... kebetulan pulak masa tuh aku dan Imanat duduk kat betol2 depan pintu, so dia pilih la kitorang dua orang... tolong steple kan kertas jew pon... apela sangat... nasib bek dapat merit... hehe... pastu kitorang rehat... mase rehat terjumpe lak dengan Khair Zawawi... dia ni masa form3 skola SMKBS, pastu lepas PMR dia masok asrama... ni kire dia datang melawat la...


kitorang pon bertanya khabar la sesama sendiri... ok pas je rehat, masok kelas... time ni aku, Imanat, Mior, Azmeer, Fadzli, dok la bersembang2... tetiba Azmeer ajak main 'BINGO'... ala yang main pangkah2 nombo tu... sapa abih dulu dia menang... kitorang lak mase tu memang tengah boring gile so main je la.. aku first n second round dapat nombo last.. :P kali ketiga aku menang no.1... hehehe... bangga ar jap...

pas da puas main 'BINGO', kitorang pike la sesame nak main ape lagi... Mior cadangkan main 'POLIS PEROMPAK'... aku tak pernah main benda alah ni so agak exited la nak main... mase nak main Zalikha n Fatha datang join sekali... so sume nya 7 orang la yang main... permainan ni lawak gile kot... kitorang dok tergelak2 je mase main benda ni... 'POLIS PEROMPAK' ni kira nya main mata la...

mula2 kena buat undi, polis sorang, perompak 2 orang, n tebusan 4 orang... perompak kene kenyit mata kat tebusan senyap2, jangan sampai terkenyit mata kat polis n bagi polis tahu yang dia perompak... tebusan lak klo da kene kenyit mata kat perompak kena cakap "AKU DA MATI" tanpa bagitau sape perompak nya... polis lak kalo da tau siapa dua2 perompak tu cakap la "AKU TANGKAP **** DAN ****"... kalo perompak dapat kenyit mata kat sume tebusan sebelom polis tangkap dorang, perompak menang... kalo polis dapat teka dua2 perompak sebelom perompak matikan sume tebusan, polis la menang... game over...

kitorang main benda ni dalam 1 bulatan je... tengok2 mata je... hahaha memang dalam proses nak kenyit2 mata memang lawak la...! ok la sampai sini je post aku kali ni... memang enjoy ar arini...! suke3! bye

wasalam ^_^

Sunday, May 8, 2011

kawad kaki peringkat daerah

assalamualaikum...


hari khamis yang lalu aku ada pertandingan kawan kaki di sekolah atas (smkbs2)... walaupon aku ni kadet bomba tp tahun ni masuk kawad kadet polis lak sebab tahun lepas sekolah aku da anta pasukan kadet bomba tuk pertandingan kawad kaki ni.... macam tahun lepas budak2 kp masuk bomba, tahun ni lak budak bomba masuk kp... ha tahun depan ape la pulak...

tapi yang menyedihkan tahun ni anta kp tak menang... macam tahun lepas anta bomba menang walau pon di tempat no.2... mungkin dulu yang masuk sinior2 yang terer2 belake... tahun ni sinior2 form5 tahun lepas da blah dari skola, tak menang la kitorang (yaaa la tu ^_^')... tak pe la da tak de rezeki... pasukan lelaki menang lak! ish tak puas ati betol la... tapi dorang kawad memang semat pon... da takley kata apa da... lagipon ketua dorang dapat anugerah 'ketua pelatun terbaik', so tah yah cite ar... :P

key la sampai sini jew la kita bercerita... babye!

wasalam

Monday, May 2, 2011

Pesta Buku Antarabangsa '11 @ PWTC

Assalamualaikum sume...

sabtu lalu aku ke pesta buku bersama famili dan kawan ku yang bernama azwin...

ni nak cite sikit tentang azwin... kami berkawan dari form 1 hingga sekarang... dia ni kira best fren aku la... lepas jew pmr dia gi tuka sekolah ke teknik gombak... setelah dia berpindah sekola, kitorang just berhubung melalui fon jew... tu pon mase dia balik cuti jew... since da lama tak jumpa, aku pon mintak la kebenaran kat mama n papa tuk ajak azwin gi pesta buku ni sama2... lagipon, kitorang gi pesta buku ni naik tren... mereka pon bg...

papa just drop kitorang kat ktm rawang coz papa ada lawan boling... so aku, azwin, mama, kakak, n abang naik la tren... naik tren memang cam sardin la kan coz hari sabtu... biasa la tu... nasib baik kitorang dapat tempat duduk... kalau tak memang naya! sebelum naik tren tu, aku terjumpa SYAMIL.. dia ni kawan sekolah rendah aku... sejak masuk sekolah menengah ni tak pernah jumpa lagi, tup2 kat ktm terserempak lak masa ngah beli tiket tren... agak tak sangka la pulak! hehehe... tapi dia tak pi pesta buku pon...

sampai jew pwtc, mula2 aku terserampak ngan iqram, dia ni pon pindah lepas pmr... pastu jumpe alif, adam z, fara, n ramai lg la... memang hari sabtu lepas ramai gila orang ke pesta buku almaklumlah da last2 mesti la banyak diskaun... hehehe... memang enjoy gile la walau pon ramai orang!

ni la azwin... my best fren!


tengok la betapa ramai nya orang...

berterak2!

sesak gilew!

booth komik gempak starz jam!


karangkraf!

ambik2!!

ana muslim


ni la dia buku2 yang aku beli! hasil duit lebih belanja sekolah dari awal tahun!

novel kongsian duit antara kakak dan adik! kami gile novel! harap maklum!


masa nak balik, ada satu kejadian telah berlaku! aku kehilangan fon! setakat ni aku memang pemegang rekod fon yang paling banyak kali dirosakkan dan dihilangkan (dalam keluarga aku la)... aku memang panik gile... aku kalu hilang fon kew apa ke, memang kepala aku akan pening n jadi panas... aku pon pi la masuk balik dalam dewan tuk cari fon aku... cari punya cari yang dapat hanyalah sekeping not rm 10... reski aku kot... aku pon dengan hampanya kembali ke tempat mama tunggu... coz orang len masa tuh tengah solat maghrib... aku dan mama uzur masa tuh... mama pon cam panik... pastu mama pon cerita la pasal mama call fon aku tu...


"helo2, ni, anak makcik tertinggal fon,"

dengan suara yang paling lembut mama cakap...

"ye ye..."
orang disana menjawab..

"erm ni sape ni? anak makcik tertinggal fon ni!"
ton yang sama...

"ye ye, ni azwin la makcik! hihi"
suara yang menahan gelak...

"hahahahaha!"
gelak...

syukur! rupa2 nya dalam aku sibuk pilih2 buku aku terbagi kat azwin suruh dia pegang jap... tp dia pon da terlupa nak bagi balik... dalam surau baru dia terperasan... hahahah wat suspen jew! apada! pe2 pon aku dalam gelabah mencari fon yang tak hilang tu aku dapat gak rm10.. ada la keuntungan nya jugak... memang hari tu memang hari yang mensuspenkan, memenatkan n mengembirakan..

wasalam :)

Saturday, April 16, 2011

projek di pagi sabtu...


assalamualaikum!

Alkisah,

pada pagi yang hening td, segelintir pelajar 4 Aset, datang ke sekolah untuk mencantikkan kelas mereka... mereka2 ini terdiri daripada aku, ramizar, azlina, zalikha, hazirah, fadzli, afif, hilman, luqman, emir, fatha, mior, hazeem, n azmeer... erm tu je kot...

pagi tadi da ar hujan, so geng2 motor yang semangat nak cat kelas ni abih la basah kuyup... kesian... yang bukan geng2 motor lak sibuk 'membasahkan' diri dorang yg tak basah tu... ish3! first2 kitorang susun meja kat tengah kelas... kerusi sume tindan2 kan n letak tengah gak... pastu bentang paper sekeliling kelas... n mula lah membuka cat putih...

dalam pade tengah 'mengacau' cat tuh, si Luqman tertuang air sampai cat putih terlebih cair... pulak dah! kitorang pon cat je laa... mule mengecat dalam kol 10 cam tuh ar... cikgu bekalkan berus 7 je, budak nye ade 14, so budak2 yang tak pegang berus nak wat ape lagi klo bukan bersembang, mengacau orang, ade gak yang 'mekap' diri mereka sendiri, yang datang untuk tengok orang wat keje pon ade... pa nak jadi tak tau la... ini la suasana kitorang semasa mengecat...


ha kan aku da kata, pagi tadi hujan... ni dorang tengah tadah air untuk dicampurkan dengan cat...


ni sesi 'mengadun' cat...


sesi me'mekap' diri sendiri

ni la peralatan2 nak mengecat

sume2 ni tengah amik turn nak mandi ujan...


luqman n emir begitu tekun mengecat


azmeer dgn ear fon nye...


peace up!


buzy...buzy!


sesi menayang fon masing2


aku! mengecat dgn gaya muslimah sejati! ahaks! ^_^'


lepas cat putih, kitorang cat pulak dengan warna purple lembut... so nampak la 'ceria' sikit kelas kitorang... ^_^ sesi mengecat abih dalam kol 1... pastu basuh pulak kelas yang penuh dengan tompokan cat... basuh punya basuh tengok2 da pukul 1.30... orang pon makin sikit, yang tinggal aku, hazirah, hilman, emir n his gf... kitorang pon bergotong-royong la susun meja... aku balik tepat2 kol 2...hah penat siott...! THE END!

wasalam

Wednesday, April 13, 2011

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaargh!


assalamualaikum...

tajuk di atas agak tak faham, ha ni nak kasi faham! di sekolahku, sudah bermula musim 'HISTERIA'! waaaa!!!! aku tak suke! aku takott... tahun lepas takde la seawal ini! thun lepas dekat2 nak puase musim 'ini' berlaku!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari isnin- 10.20 pagi

di kala aku kuar kelas nak pegi rehat, aku lihat ramai pelajar2 berlari kearah kantin.."waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaargh!!! jgn dekat dengan aku!!!! hughh!" seorang pelajar perempuan terkene histeria... jantung ku mula berdegup kencang! 'Ya Allah! lindungilah aku!'... pelajar td setelah berlari sambil menjerit2, tiba2 pengsan! pelajar2 laki bergegas mengusung pelajar perempuan tersebut ke surau... apabila terasa dirinya disentuh, pelajar yang kene histeria td kembali menjerit2 sambil meronta minta dilepaskan... jenuh la budak2 laki td yang mengangkat nya... selepas diusung ke surau, aku menyambung perjalanan ke kantin semula... kelihatan pelajar mula bercakap2 tentang histeria, tidak kurang juga ada yang ketakutan... aku yang mula2 terasa lapar, terus tiada selera nak makan... minum air jew... aku pengawas, so time rehat kompem2 la kene pegi bertugas di tempat tugas yang telah ditetapkan... masalah nya, tempat tugasku betul2 ditepi surau dan di depan tandas... so macam mane? aku pon dengan selambe badak tak pegi tugas... just tengok tempat tugas dr jauh jew...

dan jeritan2 lain terus sambung-menyambung sampai la pukol 12 tghr... para ustaz dan ustazah lah yang paling sibuk menguruskan 'mereka2'... guru2 disiplin pun tidak kurang sibuk nye suruh budak2 'jakon' masuk kelas...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari kedua rase nya tak ada pelajar yang kene histeria... tp pagi td ada... masa tuh kitorang kat dalam kelas tengah belajar matematik-pn. ashura, dengar la bunyi budak jerit... volume jeritan die tak yah cite ar... memang bapak kuat... aku da kecot! kelas kitoang senyap 5 minit, pn. ashura pon memecah kesunyian yang membelenggu kami sume, "ha, yang kene tu tak solat la tu! tak pon bele kuku panjang... mane benda 'tuh' tak suka!"... Imanat di sebelah ku mula tgk kuku nya, "eh! kuku aku panjang la! alamak camner ni?".... tanye lak die! potong la balik umah nie... haiya!


kepada rakan2 ku sekalian:
  • jaga lah solat anda!
  • jaga kebersihan diri terutama nya kuku!
  • selalu lah bace ayat2 suci al-Quran- ayat kursi
  • baca basmallah time nak buat sesuatu
  • jangan dok jerit n gelak kuat2 sangat!

bak kata upin dan ipin "INGAT!"

pesanan ini dibawakan oleh CUTEGURL!

wasalam!