Sunday, October 5, 2008

Kemeriahan Suasana Raya Kami Sekeluarga..

Raya pada tahun ini kami sekeluarga sekali lagi tidak pulang ke kampung kerana cuti yang pihak sekolah beri kepada saya, kakak dan abang tidak cukup untuk pergi dan balik ke kampung yang nun di Kelantan. Papa dan mama bercadang untuk ke kampung pada cuti sekolah yang akan datang.

Pada raya pertama, papa dan abang saja yang pergi menunaikan solat hari raya kat masjid. Saya, mama dan kakak duduk di rumah untuk mengemas rumah kerana semalam satu hari suntuk pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli baju raya kerana setiap tahun kami akan membeli baju raya sehari sebelum raya menjelang. Seronok kerana dapat melihat suasana di sana. Setelah papa dan abang pulang ke rumah, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan dan bergambar sebelum pergi beraya. Kami beraya di rumah kawan mama, hajah asmah. Kami telah diberi tazkirah ringkas yang berguna dan padat.

Pada petang itu selepas solat Zohor, kami sekeluarga telah bergotong-royong menyiapkan juadah raya. Mama membuat kuah kacang, kakak kena wat rendang ayam, papa cucuk daging dan ayam ngan lidi untuk buat sate dan abang potong daging dan ayam manakala saya menolong abang membakar sate.



Pada hari raya kedua pula kami sekeluarga mengemas rumah dan mengelap apa yang patut sebelum tetamu datang beraya. Tetamu pada hari itu ialah kawan mama, papa dan abang sepupu, Abang Bujang. Pada hari itu mama membuat nasi dagang dan gulai ikan tongkol. Abang Bujang tlh bagi duit raya kepada saya, kakak dan abang. Yelah orang dah keje kan.. Kenalah kasi duit raya.

Pada raya ketiga kami relax kerana kami keluar beraya. Raya keempat mama telah membuat nasi minyak berlaukkan gulai ayam. Eem sedapnye!! Pada Hari itu abang akan pulang ke maktabnya di MRSM Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Babye bang.. Tahun ini abang saya akan menduduki SPM yang akan menentukan arah hidupnya.





Pada raya kelima mama membuat mee bandung. Nyam nyam!! Kebetulan hari tu pagi-pagi lagi kawan mama iaitu Mak Cik Midah ade SMS nak datang beraya. Jadi mama dan papa keluar jap pegi kedai untuk beli ape-ape yang patut. Petang itu pula kakak saya pula akan balik ke asrama. Daadaaa kak.. Tinggallah saya, mama dan papa. Sunyinya.. Esoknya sekolah cam biasa. k lah sampai di sini jelah yang sempat saya ceritakan kepada korang.. Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya!!