Monday, October 10, 2011

mutiara kata - from majalah GenQ

assalamualaikum...

er memang sekarang tengah dalam 'MINGGU PEPERIKSAAN' lagi, tapi aku still nak wat posting gak... terjumpe satu artikel dalam majalah GenQ.. ari sabtu aritu ustaz ZAHAZAN MOHAMED datang ceramah kat surau jalan ros... ustaz ni femes! ala ustaz yang selalu kuar dalam radio IKIM fm tuh yang dalam slot 'TAFSIRUL QURAN'... kalo nak dengar waktu2 pagi ade la berkumandang nya suara serak2 basah ustaz ni dalam radio ikim... so nak cite nye, ustaz ni la 'ketua'  untuk penerbitan majalah GenQ ni... majalah SOLUSI pon dia terbitkan jugak.. malam ceramah tuh ustaz ni bawak la majalah2 die untuk dijual kat kitorang2 ni... papa pon beli la majalah GenQ ni coz majalah ni majalah baru... setakat ni dah 3 edisi da kuar.. papa sebenar nye nak beli tiga2 tapi satu edisi tuh da abih... so beli dua jew la...

majalah ni khas buat remaja2 belia sebenar nya... aku baca la majalah ni... intresting la jugak.. majalah ni membincang kan tentang persoalan2 tentang ramaja cam kite ni la... banyak topik2 yang best.. bahasa nye pon tak 'berat' sangat... berbalik pada artikel yang aku nak share ngan korang ni, kata2 mutiara IMAM SYAFII tentang kehidupan:


  1. belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya..
  2. menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat...
  3. sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan2, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya...
  4. sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendak lah dia mencari ilmu...
  5. seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa kemiskinan.
  6. sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalami nya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
  7. kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinana orang jahil ialah kemiskinan kesusahan...
  8. insan yang paling tinggi darjat nya ialah yang tidak melihat darjat nya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaan nya...
  9. persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat...
  10. orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.

"Ya Allah, bukakan lah jiwaku ini kepada perkara2 yang baik2 sahaja... aminn"

sekian wasalam... 

No comments: