Monday, April 20, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009








Pada hari minggu yang lalu kami sekeluarga berkunjung ke MIAT menemani abang ku temuduga untuk diploma Helicopter Maintenance. Seronok gak tengok pelbagai model kapalterbang kat situ. Pastu kami berkunjung ke Pesta Buku di PWTC. Aku beli 3 bijik novel dan 2 bijik komik. Best dan teruja sangat. Sungguh ramai dan padat dengan para pengunjung.

Sunday, March 29, 2009

Berkunjung ke Hari Kraf Kebangsaan 2009







Saya Berkunjung Ke Hari Kraf
Rasa Gumbira Tidak Terkata
Tataplah Gambar Santapan Saraf
Pengganti Diri Pelbagai Cerita

Saturday, January 31, 2009

Bas Ekspres..

Warga Thailand, salah seorang penumpang Bas Ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan membuatkan pemandu bas tersebut berkali-kali menggelengkan kepada. Sebaik sahaja melepasi Bentong, penumpang warga Thailand yang berada betul-betul dibelakang pemandu bas itu bertanya apakah sudah samapi ke Ipoh atau belum.

Pemandu: Awak hendak kemana sebenarnya?

Penumpang: Saya hendak pergi Kangar, malam ini saya hendak balik Hatyai.

Pemandu: Bas ini menuju Kuantan.

Penumpang: Kuantan tu di mana?

Pemandu: Eh, kamu tak tahu Kuantan? macam mana kamu boleh silap beli tiket? Kalau gitu sampai di Kuantan nanti saya uruskan beli tiket untuk kamu balik semula ke Kuala Lumpur atau kamu naik teksi atau kamu boleh juga naik kapal terbang. Terpulang yang mana pilihan kamu.

Penumpang bas tersebut mendiamkan diri dengan wajah muram. Pemandu bas pula tak habis membebel terhadap kesilapan penumpang Warga Thailand tersebut. Setibanya di Kuantan, sebaik saja turun dari bas, penumpang tersebut terus menemui semula pemandu bas tadi.

Penumpang: Saya minta maaf sangat-sangat. Saya sebenarnya tak silap. Saya dah tempah bilik hotel di Kuantan ini. Tadi saya sengaja buat begitu kerana saya tengok awak mengantuk, dan awak benar-benar hilang mengantuk, betul tak?

Pemandu bas tersenyum hambar dan mengangguk berkali-kali dan menggeleng sekali lagi.


Cerita di Tangga....

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60
tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....


si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla.......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi....cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana....KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA

Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

Monday, January 12, 2009

Tak Bisa Berhenti

[Chorus]
C-O to the L-A, B to the R-8,
Terbang melayang menuju pelangi
Terus berlari mengejar mentari
Semua okay, semua okay
Aaaaayyy...
Angkatkan tanganmu
Angkatkan tanganmu
Tak bisa berhenti, takkan berhenti
Colabr8, hingga nafas terhenti

[Verse 1]
Whussup, whussup, whussup salam berirama
L E E P S suara yang mula
Suara bergaya, si rapper Malaya
Hilang sementara kini ku bertahan lebih lama

Sudah jelma, oh mungkin tepat pada waktunya
Sedap juga, oh mungkin sedap pada lagunya
Hebat juga, tapi masih ada yang mencela
Biar saja si luncai terjun dengan labu-labunya

Dari kaki lima, hingga ke pentas arena
Hip hip hip hip hop terus bersuara
Hip hip hip hip hop terus ke udara
Bangkitkan hip hop beraneka cara

This is how we do, we're Colabr8
Some will think we good, some will think we great
And so, we gonna (going to) make it to the top
And we never gona (going to) stop, never ever gona (going to) stop

[Chorus]

[Verse 2]
Banyak yang ku tempuhi sebelum ku di sini
Untuk jadikan impianku satu realiti
Segala benci, dengki, sakit hati, iri hati
Tak mahu melihat Colabo menggapai mimpi

Ku tolak tepi, mana yang buruk kan ku tolak tepi
Tiada penghalang kan ku kejar mimpi
"Trust no one, except yourself, express yourself"
Use that words and just be yourself

Yeah man, I hear you and I feel you
These cats don't even know what we've been through
Don't have to worry because our dream is gonna (going to) come true
Just stay true, and keep do it and do it

This is how we do, we're Colabr8
Some will think we good, some will think we great
And so, we gonna (going to) make it to the top
And we never gona (going to) stop, never ever gona (going to) stop

[Chorus]

[Verse 3]
{Ladies and gentlemen}
Persilakan Colabr8
Bukan tunjuk lagak, cuma mintak ruang sikit
Gak usah kedekut bikin ruang jadi hangit
Buang dengki punya sakit buka minda jangan sempit

Share this hip hop, for the love of hip hop
Wanna (wan to) bring this hip hop, right straight to the top
And, this is just a beginning, homes
Chill, relax and Assalamualaikum

[Chorus]

Friday, January 9, 2009

Suratan atau kebetulan?

Hai sumer...lamer nyer saya tak buat posting baru...hehe

Ok lah hari ni saya nak citer pasal kejadian dekat skul semalam. Citernya bermula camni. Kawan sebelah saya stat tahun baru kat form 2 ialah Amira. Dia ni kawan sekelas saya dari tahun lepas lagi.

Nak jadi citer, Amira ni bangun nak pegi kutip duit kelas. Dia terpilih jadi bendahari kelas kami 2 Dinamik. Jadi bila dia bangun je, tiba-tiba datang le Atirah yang saya kenal gitu-gitu je sejak skola rendah. Tujuan dia datang duk sebelah saya tu pasal nak menyembang ngan kawan dia yang duk kat belakang saya. Dia hanya senyum je kat saya sebagai tanda kata hai kot.... Tengah dia duk menyembang tu, tiba-tiba ada la sorang kawan kami yang duduk dekat belakang melaung nama.."IMAN!!"

"Ya!"... sahut dua suara. OOhh...rupa-rupanya bukan saya sorang je yang sahut panggilan tadi. Nak tahu sapa sorang lagi? Orangnya tak lain tak bukan ialah Atirah yang mengendeng kat sebelah saya tadi. Ha...ha..ha... kami saling berpandangan dan baru perasan nama masing2 dekat nak sama. Saya Iman Asilah dan dia pula Iman Atirah. Alamak! Camna ni susah jugak kalu camtu... nanti tertukar-tukar pulak bila cikgu panggil...

Begitu la kisahnya...hehehe

Thursday, January 1, 2009

Laskar Cinta..

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Raih bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya...

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya...

Selamanya...

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu...

Monday, December 29, 2008

Asal Nama Elektrik...

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan 'elektrik' drpd perkataan Inggeris yg juga 'electrik' tetapi yg sebenarnya 'electrik' itu diambil dr perkataan Melayu campur Inggeris..

Ceritanya... . Pada suatu masa dalu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yg menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mane semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demostrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu,
Kulup Kalimantang pun berkata dgn kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!".
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick". Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yg dieja sebagai 'ELECTRIC' mengikut ejaan org putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yg dinamakan lampu kalimantang.

Rintihan Pengemis...

Puas sudah ku menyatakan
Rasaku pada dirimu resah jiwaku
Namun setiapnya kau terima begitu mudah
Umpama aku sekadar melata sahaja

Bukan setahun dua kita bina hubungan kita
ku disangka mu tak berfikir begitu
Kuat di dalam hati kurasa hidupmu memati
Sebahagian dari kasih untukmu dalam diri ini

Chorus:

Umpama insan hina
mengemis kasih entah kemana
dengarkanlah rintihan ku segera
langit jadi mendung dan kelabu
angin bertiup nan sayu titis air berlagu
dedaun lalu gugur disapu
berat limpahan itu hujan dijiwaku

Mudah tewas perasaanku
Gugur air mataku
Aku bukan begitu
Namunku hanya insan biasa
Yang tiada lebih apa sama di sisi-Nya

Ulang Chorus

Sunday, December 28, 2008

Selamat Ulang Tahun Sayang..

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu..