Monday, December 29, 2008

Asal Nama Elektrik...

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan 'elektrik' drpd perkataan Inggeris yg juga 'electrik' tetapi yg sebenarnya 'electrik' itu diambil dr perkataan Melayu campur Inggeris..

Ceritanya... . Pada suatu masa dalu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yg menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mane semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demostrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu,
Kulup Kalimantang pun berkata dgn kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!".
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick". Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yg dieja sebagai 'ELECTRIC' mengikut ejaan org putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yg dinamakan lampu kalimantang.

No comments: