Sunday, October 5, 2008

Kemeriahan Suasana Raya Kami Sekeluarga..

Raya pada tahun ini kami sekeluarga sekali lagi tidak pulang ke kampung kerana cuti yang pihak sekolah beri kepada saya, kakak dan abang tidak cukup untuk pergi dan balik ke kampung yang nun di Kelantan. Papa dan mama bercadang untuk ke kampung pada cuti sekolah yang akan datang.

Pada raya pertama, papa dan abang saja yang pergi menunaikan solat hari raya kat masjid. Saya, mama dan kakak duduk di rumah untuk mengemas rumah kerana semalam satu hari suntuk pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli baju raya kerana setiap tahun kami akan membeli baju raya sehari sebelum raya menjelang. Seronok kerana dapat melihat suasana di sana. Setelah papa dan abang pulang ke rumah, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan dan bergambar sebelum pergi beraya. Kami beraya di rumah kawan mama, hajah asmah. Kami telah diberi tazkirah ringkas yang berguna dan padat.

Pada petang itu selepas solat Zohor, kami sekeluarga telah bergotong-royong menyiapkan juadah raya. Mama membuat kuah kacang, kakak kena wat rendang ayam, papa cucuk daging dan ayam ngan lidi untuk buat sate dan abang potong daging dan ayam manakala saya menolong abang membakar sate.



Pada hari raya kedua pula kami sekeluarga mengemas rumah dan mengelap apa yang patut sebelum tetamu datang beraya. Tetamu pada hari itu ialah kawan mama, papa dan abang sepupu, Abang Bujang. Pada hari itu mama membuat nasi dagang dan gulai ikan tongkol. Abang Bujang tlh bagi duit raya kepada saya, kakak dan abang. Yelah orang dah keje kan.. Kenalah kasi duit raya.

Pada raya ketiga kami relax kerana kami keluar beraya. Raya keempat mama telah membuat nasi minyak berlaukkan gulai ayam. Eem sedapnye!! Pada Hari itu abang akan pulang ke maktabnya di MRSM Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Babye bang.. Tahun ini abang saya akan menduduki SPM yang akan menentukan arah hidupnya.





Pada raya kelima mama membuat mee bandung. Nyam nyam!! Kebetulan hari tu pagi-pagi lagi kawan mama iaitu Mak Cik Midah ade SMS nak datang beraya. Jadi mama dan papa keluar jap pegi kedai untuk beli ape-ape yang patut. Petang itu pula kakak saya pula akan balik ke asrama. Daadaaa kak.. Tinggallah saya, mama dan papa. Sunyinya.. Esoknya sekolah cam biasa. k lah sampai di sini jelah yang sempat saya ceritakan kepada korang.. Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya!!

Friday, September 26, 2008

SeLaMat HaRi RaYa....


Get Hari Raya Graphics Here


Pixel Code Graphics

Kucing oren memeluk lemang,

Peluk tak lepas sampai tertidur,

Semakin dekat raya menjelang,

Maaf dipinta di hati luhur.

Ingatan tulus ikhlas maaf zahir dan batin...

Sunday, August 24, 2008

Ramadhan.. Apakah yang perlu kita ketahui??

1. Kelebihan Ramadhan?
  1. Daripada Abu Hurairah ra, bahawa rasulullah saw bersabda: "Allah Azzawajalla berfirman, "Setiap amal anak Adam (manusia) itu membawa manfaat bagi dirinya sendiri kecuali puasa, kerana puasa adalah untuk-ku dan aku sendirilah yang akan membalasnya."
  2. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi.

  3. Orang yang berpuasa mengalami dua kegembiraan iaitu; kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan bertemu tuhannya kerana besarnya pahala puasa.

  4. Manusia tidak diganggu oleh syaitan kerana mereka diikat.

  5. Para malaikat turun kebumi ketika Lailatul Qadar.
  6. Pahala yang besar bagi orang yang menunaikan solat sunat tarawih.

2. Makna Puasa?


Menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

3. Rukun?

  1. Niat untuk berpuasa di bulan Ramadhan.
  2. Menahan diri daripada melakukan segala perbuatan yg membatalkan puasa.

4. Disunatkan?

  1. Menyegerakan berbuka puasa.

  2. Sunat berbuka puasa dengan kurma, makanan manis atau air.

  3. Menjamu orang lain berbuka puasa.

  4. Memperbanyakkan ibadah dan buat kebaikan.

  5. Melewatkan waktu makan sahur.

5. Hikmah?

  1. Menguatkan jiwa daripada hasutan hawa nafsu.
  2. Mendidik kemahuan melakukan amal kebaika
  3. Menyihatkan tubuh badan.
  4. Mensyukuri nikmat.
  5. Menginsafi diri dan merasakan penderitaan orang lain.

6. Elakkan?

  1. Pembaziran.
  2. Tidur yg lama pada waktu siang hari.

7. Apa itu Lailatul Qadar?

Malam Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam Qadar turunlah para malaikat ke bumi.

8. Bilakah Lailatul Qadar?

Pada salah satu daripada sepuluh hari terakhir bulan ramadhan.

Monday, August 18, 2008

10 Perbuatan SIA-SIA

1- Orang yang berdoa utk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa utk ibu bapanya sendiri dan kaum muslimin.

2- Orang yang tidak berterusan membaca al-quran walaupun sedikit.

3- Orang yang masuk ke masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4- Orang yang melalui tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan utk keselamatan arwah-arwah mereka.

5- Lelaki yang masuk pada hari jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat jumaat berjemaah.

6- Orang yang tinggal setempat dgn seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesenpatan itu utk menambah ilmu pengetahuan.

7- Dua orang yang bersahabat, tetapi mereka tidak mengambil berat tentang keadaan masing-masing dan keluarga.

8- Orang yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak melayan tetamunya itu.

9- Orang yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu utk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10- Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang kelaparan, sedangkan dia kekenyangan di dalam rumahnya.

Kebaikan Coklat

Dari kecil lagi saya sangat sukakan coklat. Saya telah mencuba beberapa jenama coklat yang lazat seperti Cadbury dan Vanhoulten.

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.
Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.

Coklat bukan sahaja berkhasiat tetapi menyumbang kepada pemakanan seimbang kerana mengandungi:

15 peratus lemak, 6 peratus protein, 17 peratus karbohidrat, 15 peratus tenaga, vitamin dan mineral diperlukan. Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol bahan kimia yang di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh.



Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Amat sesuai dijadikan makanan gantian sewaktu menjalankan kegiatan seperti mengembara, bersukan serta aktiviti rekreasi lain.

Monday, June 30, 2008

Kekasih Yang Tak Dianggap



Aku mentari tapi tak menghangatkanmu,
Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu,
Aku sang bulan tak menerangi malammu,
Akulah bintang yg hilang ditelan kegelapan..


Selalu itu yg kau ucapkan padaku..

Sebagai kekasih yg tak dianggap,
Aku hanya bisa mencoba mengalah,
Menahan setiap amarah..


Aku sang bulan tak menerangi malammu,
Aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan..
Sebagai kekasih yg tak dianggap,
Aku hanya bisa mencoba mangalah,
Menahan setiap amarah,
Ku yakin kau kan berubah...

Thursday, June 19, 2008

kenapa singgah kalau tak masuk

Jarang sekali terdengar bunyi
Ketukan di pintu hatiku ini
Kalau ada pun bila ku buka
Tiada siapa yang berada di luar

Tapi sejak dua menjak kini
Ku merasakan bagai ada tetamu
Tanpa dijemput sudi menjenguk
Pada waktu sepi menemaniku

Tidak mungkin tiada di sini
Kerna tiada siapa pernah kisah
Akan aku tertanya ku siapa kamu
Kenapa singgah kalau tak masuk
Ke dalam hatiku

Jarang sekali ku rasa rindu
Menantikan waktu untuk bertemu
Bisakah bersua walau seminit
Agar lahir peluang berterima kasih

Tidak mungkin tiada di sini
Kerna tiada siapa pernah kisah
Akan aku tertanya ku siapa kamu
Kenapa singgah kalau tak masuk
Ke dalam hatiku

Jarang sekali ku sebegini
Mengharapkan hati untuk diselami
Jangan biar fikiranku buntu
Memikirkan mimpi dalam jagaku

Tidak mungkin tiada di sini
Kerna tiada siapa pernah kisah
Akan aku tertanya ku siapa kamu
Kenapa singgah kalau tak masuk
Ke dalam hatiku

Thursday, June 5, 2008

Balik Kampung


Minggu lepas saya sekeluarga balik kampung ke Kelantan. Kami bertolak sekitar 1 tgh pada hari Sabtu. Dari Bukit Beruntung Wira WKQ7600 melalui jalan ke Rasa, terus ke simpang Batang Kali, menuju arah Genting Highland dan memasuki lebuhraya Karak di Genting Sempah. Berehat & solat jamak & qasar zohor & asar di Petronas dalam pukul 3. Saya tertidur sepanjang perjalanan merentasi Bentong dan Raub. Kami berhenti untuk makan bekalan di Masjid Kg Chui Tui. Mama bagi makan ayam2 lebihan nasi dalam periuk. Alhamdulillah. Papa terus memandu menuju Gua Musang dan sampai sekitar maghrib. Di pendekkan cerita perjalanan kami tiba di KB pada pukul 11:30 setelah merentasi perjalanan sejauh 500km. Kami supper di kedai kopi 'White House' yg memang terkenal dgn roti bakar di sapu mentega & kaya, telur masak separuh, nasi dagang, kopi O & teh. Yahooo !!

Saturday, May 17, 2008

OTAK, GADUH & GILA

Ada tiga orang pemuda yang bernama Otak, Gaduh & Gila. Pada suatu hari, Gaduh ditangkap Polis kerana menunggang motor tanpa lesen. Otak & Gila pergi ke Balai Polis untuk menjamin Gaduh. Gila pun masuk ke Balai Polis dan Otak tunggu di luar. Gila pun berkata kepade salah seorang Pegawai Polis.

Gila: Encik! saya nak cari Gaduh.
Polis: Awak ni Gila ker?
Gila: Ya! Saya memang Gila, macam mane Encik tau?
Polis: Awak ni tiada Otak ker?
Gila: Ada di luar, nak saya panggilkan?

Soalan...

Suatu hari di Tadika Strawberi...

Cikgu: Hanis! awak ada berapa orang adik beradik?
Hanis: Tiga, cikgu...!!!
Cikgu: Awak yang paling tua?
Hanis: Tak! Atuk saya...