Monday, August 18, 2008

Kebaikan Coklat

Dari kecil lagi saya sangat sukakan coklat. Saya telah mencuba beberapa jenama coklat yang lazat seperti Cadbury dan Vanhoulten.

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.
Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.

Coklat bukan sahaja berkhasiat tetapi menyumbang kepada pemakanan seimbang kerana mengandungi:

15 peratus lemak, 6 peratus protein, 17 peratus karbohidrat, 15 peratus tenaga, vitamin dan mineral diperlukan. Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol bahan kimia yang di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh.



Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Amat sesuai dijadikan makanan gantian sewaktu menjalankan kegiatan seperti mengembara, bersukan serta aktiviti rekreasi lain.

No comments: