Monday, December 14, 2009

Kem KBM... Pengalaman yg Luar Biasa!!! (Episod 1)



Assalamualaikum semuanya.. ape khaba?? harap sihat2 belake.. hmm sabtu lepas aku baru balik dr kem kat Impian Country Resort, Hulu Langat.. name kem tu Kem Keindahan Bersamamu seronak gilerr!! tempat tu cantik, segar dan nyaman.. chewah cam iklan lak... (^_^) akak2 dan abang2 fasililator pon baik2 dan comel2 .. pastu banyak aktiviti yg best2, mencabar dan menyeronokkan.. kesimpulan nyer memang enjoy giler ar.. rase nak gi lagi tahun depan..

****ikutilah ceritaku daripada hari pertame sampai lah hari yg terakhir....

9/12/2009

Seawal 6.15 pagi aku dan papa bertolak dari umah untuk ke ofis papa.. sampai ofis papa dlm pukol 7.15 pagi tapi mase tuh bas belum sampai agi. kitorang pun tunggu ar dlm beberape minit. bas sampai dalam pukol 8.00 pagi jadi aku pun bertolaklah ke kem bersama2 kawan2 beruku. program start dalam pukol 10.00 dan dimulai dengan program 'Knowing ME Knowing YOU'. pengacara pada pagi tu ialah Abg Long dan Abg Bai. kami telah diberi gelaran untuk sepanjang perjalanan kem ini oleh mereka berdua. bagi budak perempuan, kami digelar 'KASIH', budak lelaki pulak 'SAYANG'.

Setelah itu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu Kasih mempunyai 4 kumpulan manakala Sayang pula mempunyai 6 kumpulan. Kumpulanku mempunyai ahli sebanyak 10 orang dan akak fasi kami bernama Kak Zura. selepas berbincang sesama ahli, kami pun menamakan kumpulan kami dengan nama 'G-CLuB'. Huruf 'G' adalah mewakili perkataan2 seperti gempak, genius, generous, garang, good girl dan glamour!!..



Selepas membincangkan nama kumpulan dan membuat 'Army Yell', kami diberitahu cara dan adab semasa berdoa. semasa berdoa, ada 6 anggota badan yang akan berfungsi iaitu:
  1. Tangan- menadah dengan bersungguh-sungguh.
  2. Mata- mencari titik fokus pada tapak tangan.
  3. Mulut- menyebut setiap perkara yg hendak didoakn.
  4. Telinga- mendengar lafaz doa.
  5. Otak- membayangkan perkara yg didoakan.
  6. Hati- ikhlas
Sehabis berdoa bersama, kami pon bermain permainan 'Goreng Pisang'.. so berlawan2lah kami antara satu sama kumpulan yg lain. akhirnya kumpulan kami tergolong di antara kumpulan yg menang.. yeyey kite menang!!! hmm pastu kami kene wat karangan tentang haiwan peliharaan.. lepas siap, kene tuka karangan kite ngan karangan kawan sebelah.. pastu bace karangan kawan dengan menukarkan name haiwan tu ngan name pemilik haiwan tu.. lawak gile!! and then kitorang kene buat 3S bersama kwn2.. mule nye kene cari pasangan kite sorang, pastu kene wat 3 perkara: Salam-Senyum-Sapa.. dlm aktiviti ni kitorang kene Salam sambil tenung mate kawan kite, tergelak2 aku buat bende ni... pastu senyum sambil sambil sebut nombor 3.. makin lebar la kitorang punye senyuman.. habis senyum kite kene sapa kawan kite lak dengan meletakkan tangan ke bahu kawan sambil menepuk2 bahu kawan sikit..

Petang pulak, dlm pukol 5 camtu, kami akan mengikuti aktiviti 'Laluan Berhalang' yg akan diketuai oleh Pak Wan. hmm awal2 lagi da kene lecture dengan Tok Wan.. tapi Abg Bai da pesan sebelum Tok Wan sampai "korang kene sopan2 ckit dpn Tok Wan tuh tau.. Klu Tok Wan ade ckp bende2 kesar dan xdapat diterime, terime je lah tau.. jgn melawan sama sekali! mase die bagi salam, jawab tu sungguh2.." lebih kurang camtu ar Abg Bai cakap.. hmm berbalik kepade cite laluan berhalang td, wow aktiviti ni memang sangat mencabar dan sungguh memenatkan.. nak dijadikan ceritakan tangan sampai berdarah.. yelah dok panjat bukit gune tali sabut tuh mane tak berdarah.. dah la bukit curam.. lagi satu hal yg cukup mencaber kesabaranku ialah kasut pulak tercabut!! yg lawak nye mase kene panjat tembok tinggi, aku pulak terjatoh dr atas tembok.. kedebuk!! hai sakit gile.. pastu kene merangkak bwh longkang lagi da la longkang tu panjang... klo pendek je xpe lah... hei memang sungguh mencabar dan memenatkan..!!

malam lak lepas solat magrib, kitorang kene baje al-Mathurat.. hmm tenang ckit hati ni lepas penat2 panjat turun bukit petang td... mase tido ape lagi... nyenyak la jawab nye..hmm ape lah akan jadi pada hari esok nampaknye...?


bersambung....


3 comments:

sot said...

Uh uh indah sungguh coretan ini. Semoga Solat Studi & Qur'an (SSQ) indah bersamamu selalu.

Nak jadi cerita, papa kat LRT Jelatek pagi tadi terjumpa dgn Abg Bai yg tengah tunggu Fasilitator dari Kelab Remaja JIM (KJM) untuk program SSQ di Masjid Bukit Indah Ampang. Anak perempuan kawan papa (Sdra Yusuf) yg tingkatan 4 adalah antara fasilitator itu, baju merah tu semuanya.

Bila papa tegur abang Bai, beliau memang bekerja dgn JIM dibawah KJM dan pengendali tetap kem SSQ saban minggu, dan kadang2 weekdays juga.

Ok lah Iman, kekalkan gaya hidup sihat dan bermanafaat. Tahukan membeza mana yg baik dan mana yg buruk. Jangan tangguh membuat perkara kebaikan, termasuklah solat di awal waktu dan berdoa selepas solat.

cute gurl said...

ok thx papa...
akn silah manfaatkan ape yg telah silah belaja kat kem kbm tu k....
(^_^)

fzi said...

Salam anakku...
Waaa.... bestnyerrr mama baca citer shilah nih...bermutu cara penceritaan shilah...terer nih anakku!...heheh
Moga banyak perkara baik yang dipelajari dekat kem motivasi tu...Shilah improvekan diri ya...