Thursday, May 1, 2008

Bercuti di Langkawi

Aku mula berkemas semenjak malam tadi lagi. Kupenuhi beg galasku dengan empat helai baju, seluar dan beberapa aksesori lain.

Setelah selesai solat jamak maghrib dan isyak, teksi yang papa tempah telah pun tiba. Pemandunya bernama Mohd Nor. Dia sangat peramah. Selepas memenuhi bonet teksi dengan beg yang bejumlah enam biji kesemuanya, kami pun berangkat menuju stesen KTM Rawang.

Kami tiba pada pukul 8:20 malam. KTM Ekspres Langkawi dijadualkan tiba di Rawang hanya pada 9:30 malam.Jadi kami akan mula bertolak menaiki KTM sejam dari sekarang.

Papa tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan di stesen KTM Rawang ini.”Berkobar-berkobar ,berkobar-berkobar”,aku menyanyikan lagu kegemaranku itu sambil mendengar radio kecilku yang ‘cute’ itu.

Keretapi Ekspres Langkawi bakal tiba beberapa minit lagi.Terpapar di papan kenyataan destinasi ‘Haadyai’akan berlepas pada 21:33. Para penumpang sudah bersedia. Kelihatan stesen sudah mula sesak dengan manusia yang berpusu-pusu menaiki KTM. Aku dah tidak sabar lagi untuk menaiki keretapi. Inilah aku mengalaminya ,walaupun dulu papa pernah membawa kami sekeluarga menaiki komuter. Yahooo, keretapi sudah tiba. Teringat aku cerita ‘Polar Express’. Keretapi ini sungguh panjang. Tidak kurang dari 20 gerabak. Kami menaiki ‘coach’ tempat tidur bertanda S2. Nombor tiket kami 13,14,15,16, dan 17. Aku duduk di katil atas iaitu dibawah mama.Kakak pula atas katil papa dan katil abang disebelahku. Tilamnya lembut seperti tilam bilikku.

Terdapat tirai, bantal dan selimut yang tebal.”Apa lagi tidur la”,kataku kepada mamaku.”Hei tunggu dulu makan la dulu”,ayahku mencelah lalu menghulur seketul ayam KFC Hot and Spicy kepadaku.Aku makan sambil melihat kegelapan malam di luar tingkap…

Bersambung....

No comments: