"Huaahhhh!!" ngantok gile pagi ni.. hmm lepas solat subuh ni nak balik dorm tido jap.. tetapi nampak nye harapanku hanyalah tinggal harapan setelah mendengar pengunguman yang terkeluar daripada mulut abg bai selepas membace al-ma'thurat sebentar tadi.. uhuk! pengunguman nye berbunyi bergini: "ok malam ni nampaknye tak de halangan apa2, jadi boleh la kita jalankan aktiviti 'nitewok'. oleh itu sebagai persediaan, pagi ni kita pergi joging!!" HAH?? gi joging?? ngantok2 cam ni?? adoiyai!!! "ok adik2 sume bolleh balik dorm untuk bersiap2.." hai terpakse la aku kuatkan iman untuk joging pagi ni...
Hmm best gak pagi2 joging cam ni walaupun dalam ngantok2 cam ni... rase segar lak... joging ni di ketuai oleh abg Yasser... mule2 kene berkumpul kat padang tepi dewan... pastu wat barisan ikut kumpulan.. peserta lelaki dulu bergerak joging pastu diikuti peserta perempuan lak.. huh ni joging kew lari ni??? peserta lelaki cam nak bertanding lari jew ni...?? whatever la janji aku steady je... hmm lepas sampai semua orang kat padang tadi, abg chik ambik alih untuk aktiviti lompat bintang lak... jadi berlompat2 le kitorang ni... melompat, melompat jugak tapi selagi tak same pergerakkan lelaki dan perempuan, selagi tu kene ulang balik.. berape banyak kali kene wat.. dah la penat berjoging belum habis lagi ni campur lompat bintang lak... hai tercungap2 aku nak sedut udara... "huh!! hah!! huh!! hah!!" wo penat tuh....
kitorang habis senaman pagi dalam pukol 9.15 pagi.. lepas je bersenam kitorang bersarapan lak.. pastu kitorang diberi mase bersiap2 untuk aktiviti seterus nya yang akan bermula dalam pukul 10.00 pagi.. selepas sudah berwangi-wangian tuh, aku pun bergerak meninggalkan dorm untuk ke dewan bersama2 kwn yang lain... hah pagi ni aktiviti di dalam dewan di mulakan dengan aktiviti, 'Puzzle'...walaupon tension wat benda alah ni, tapi enjoy gak ar.... mase tengah syok2 cari kepingan2 puzzle yang seterusnya, ade orang datang interview lak... dorang dari EDUweb.com... kalo tak silap la... ahli kumpulan aku dok la suruh aku gi kat dorang untuk diinterviewkan.. huh tak nak aku... korang tak tau kew?? aku ni pemalu orang nya... last2 kak kin yang pergi....
lepas berjaya menghabiskan puzzle ni, peserta lelaki pergi solat jumaat... manakala peserta perempuan lak diberi mase berehat untuk beberapa minit.. aku pun mengambil keputusan untuk tidur beberapa minit.. kawan2 aku pun penat dan tidur juga.. si putri ngan nik tak habis2 memekak kat tepi telinga aku.. "hoi korang berdua boleh senyap tak?? orang nak tidur la...!!!!".. hah ambik ko!! kan aku da marah...!! ish kacau orang tidur jew tau..
hai da best2 tido sampai xsempat nak solat berjemaah yang diimamkan oleh kak fasi...hmm melepas 27 ganjaran pahala... lepas solat, sementara menunggu budak laki balik dr solat jumaat, kitorang, para budak pompuan mengadakan sesi tanye-menanye... mase tu nak tanye benda2 yg mushkil dihati boleh la ditanye mase tu dan akan dijawab oley kakak fasi kumpulan masing2...
bersambung...
No comments:
Post a Comment