Monday, December 21, 2009

Kem KBM... Pengalaman yg Luar Biasa!!! (Episod 2)

******
"Iman! bangun iman! dah pukul 5.30 ni, nanti terlewat solat subuh!!" kedengaran suara anis memanggil2 nameku. sepantas kilat aku terus meluru ke bilik air untuk gosok gigi, cuci muke dan ambik wuduk. lepas pakai telekung, aku, anis dan kak nana pergi ke dewan untuk menunaikan solat subuh berjemaah. rupe-rupenyebudak lelaki belum bangun tido lagi. lebih kurang dalam pukul 5.45 fasilitator lelaki bangun dan mula mengejutkan para peserta lelaki "bangun! bangun! solat subuh!!!" sambil mengetuk2 cermin tingkap dorm mereka. setelah semuanye berkumpul, kami pun mula menunaikan solat subuh berjemaah dengan diimamkan oleh abang bai. selesai sahaja solat, kami pun bergerak masuk ke dalam kumpulan masing2 untuk membaca al-ma'thurat.

Kami diberi masa untuk meletak telekung di dalam bilik serta bersiap sedia untuk aktiviti 'Jungle Tracking' . kitorang kene berkumpul kat dataran tepi dewan. abang zamri yang mule2 datang kat depan dan cakap ape2 yang patot "ok semua dah siap?? owh sebelum tu ade x kasut sesape yang ade masalah, basah ke? tercabut tapak ke??" dengar je abang zamri kate camtu terus aku angkat tangan. dalam masa yang sama, kak kin ahli kumpulan ku bersama beberapa orang angkat tangan. semua perempuan. kami pon diarahkan untuk duduk di belakang dan akan diberi aktiviti yang lain. aku dah rase sedih dah mase tu sebab tak dapat ikut serta dalam aktiviti jungle tracking. tibe2 kak nina datang dan kata "hei kalau pakai kasut getah boleh lah sebab tu memang kasut untuk jungle tracking." mase kak nina cakap tu, dia ade pegang sepasang kasut getah. aku pun apelagi turus je ringan mulot mintak izin kat kak nina untuk pinjam kasut tuh... kak nina dengan senang hati kate "ambiklah.." aku pun tanpa melengahkan mase lagi turus cakap terima kasih lalu memakai kasut tu sambil masuk ke barisan kumpulanku semula.. hai gumbira sungguh hatiku ini.. kak kin memang dari awal lagi pakai kasut getah, jadi sama2 lah kite masuk barisan balik ye kak kin.. hahaha.. seronok sebab dapat tengok keindahan di dalam hutan. subhanallah indah dan cantik sungguh permandangan di dalam hutan ni. last2 kitorang di beri peluang untuk bermandi-manda di sungai. tapi aku mandi tak lama sebab nak bersiap untuk makan tengahari lak.. mandi kat dorm lagi sejuk dan aman tanpa ganguan lelaki... hahahaha...

Lepas makan tengahari, aktiviti seterusnye adalah 'Anda Bij
ak Jauhi Zina'.hmm banyak jugak la yang aku dapat belajar dalam slot ni.. antara cara menjauhi zina ialah jangan berdating. dalam kate lain jangan keluar dengan bukan muhrim kite. susah nanti. macam2 boleh jadi.. dan kalau orang offer untuk buat benda2 yg tak elok, katakan "saya takut pada Allah". hmm renung2 kan dan selamat beramah.. hihi..

Selesai solat zuhur, kitorang diberi sebotol air mineral setiap seorang. kitorang tertanye2 gak apepasal lah bagi air ni? nak kene bace yassin kew? persoalan2 kitorang terjawab setelah abang bai memberitahu bahawa petang ni kite akan buat "Explorace" wow excited aje kalau dengar tapi kalau pandang sekeliling komfem taknak sebab ade ke
patot buat explorace ni tengah2 panas terik?? wo memang tak patot.. hmm patot ar bagi air mineral. takot pengsan la tu.. syarat untuk permainan ni adalah- kalau tak tau tempat yang dimaksudkan di dalam klu yang diberi, boleh tanya fasilitator tapi akan ditolak 100 markah setiap soalan yang ditanya. hmm susah gak tuh, aku pesan kat kumpulan aku supaya cuba untuk tidak tanya fasilitator.. mule2 abang bai bagi 'klu' yang pertama untuk kitorang start permainan ni.. klu nye berbunyi bergini - Kutunam kakinye, kudapat kakinye.. hai kitorang da suspen dah dengar klu camtu.. pekebende tuh?? tetibe put datang kat kak nana dan berbisik "kutu enam kakinya, kuda empat kakinya.." aku dengar je put cakap camtu terus tergelak.. hahaha ek eleh tu kew rupenye... lah senang gile... peserta lelaki yang duduk dekat2 kumpulan kitorang duk la tanye "weyh ape benda weyh???" aku just kata "hmm korang cube cakap benda tuh slow2, komfem dapat" kumpulan aku pon mula bergerak keluar dari dewan untuk mencari tempat yang dimaksudkan oleh klu yang telah abang bai bagi kat kumpulan kitorang. klu dia lain pastu tempat pulak lain. hish pening2.. dengan panas terik tuh, habis berpeluh satu badan.. tapi akhirnye berjaya jugak sampai ke tempat2 klu tu dan habis kan soalan2 yang diberikan.. kumpulan kitorang salah 2 soalan tapi puas ar.. mencabar gak ar sebab kitorang tak tanye fasilitator pun (tapi tanye gak man laptop [salah seorang fasilitator yang baik] tanpa menolak markah kitorang.. hihihihi).

Lepas main benda tuh, kitorang pun bersiap2 untuk solat asar berjemaah.. selesai je solat abang bai ade nak kate sesuatu kat kitorang semua "hmm sebenarnya petang ni kita akan main 'kantong bocor'.. tapi setelah abang berbincang ngan abang2 dan kakak2 fasi yang lain, tak jadi main lah sebab kami kesian tengok adik2 yang sudah keletihan.. jadi petang ni aktiviti bebas.. adik2 boleh tido ke, mandi sungai ke.. tapi sebaik2nya berehat lah ye.." hai aku dengar je camtu apelagi, aku da terbayang dah air sungai yang sejuk tuh.. hahaha.. lepas ni terjun sungai lah jawab nye...

Makan malam kitorang dlm kol 6.30 petang. mase ni masih ramai yang dok berendam lagi dalam sungai. hmm kitorang yang dah siap pakai baju ni turus gi makan. lapar la lepas main air.. hihihi.. kol 7.30 nak kene solat maghrib lak. kalau ade sesapa yang tak sempat makan lagi kene tunggu lepas solat ar.. lepas solat dan selesai membace al-ma'thurat, aktiviti seterusnya ialah dipanggil 'Explore the Quran' yang menggunakan tafsir quran. dalam aktiviti ni, setiap kumpulan kene jawab beberapa kuiz, pertama kuiz quran matematik.. hmm dalam kuiz ni banyak soalan yang perlu di tambah tolak dan darab bahagi.. yelah name pon kuiz matematik. kedua pulak kuiz quran sains.. hmm dalam kuiz ni pulak banyak soalan yang di dalam surah yang melibatkan alam semesta..subjek sains selalu soalan2 camni.. ish3.. hmm malam ni nampak nye tidor lena lagi la jawab nye...

bersambung....

3 comments:

sot said...

Kat umah bangunlah gak 5:30 tu untuk solat subuh di awal waktu, barulah ada wawasan.

amir acap said...

waaa... bez2..bile nak sambung episod 3 silah..hehehe...

strawim :) said...

sabar!!!!
sabar itu separuh dr iman...!!!
hahahahahah(^O^)