Asslamualaikum...
hmm lebih kurang seminggu lebih da aku tak update blog... tak de cite menarik... sehingga la tadi aku terbace satu cerita dalam majalah SOLUSI dalam slot 'ANGGUK GELENG'....
alkisah...
seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun:"kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat?"
sepantas kilat pelajar tu menjawab dengan yakin: "empat."
guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah tiga. "mungkin dia tidak mendengar dengan baik," bisik guru itu. guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya itu mendengar dengan teliti.
murid tersebut yang dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu mula mengira dengan jari. kali ini dihitung lama-lama, dengan harapan agar jawapan yang diberikan dapat membuatkan guru nya gembira, bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat. tanpa ragu-ragu, diulang jawapan yang sama, "empat, cikgu!"
gurunya masih kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. kemudian dia teringat bahawa muridnya itu amat menggemari buah strawberi, maka diubah sedikit soalan itu. "kalau cikgu bagi kamu sebiji strawberi, sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah strawberi yang kamu miliki?"
murid tersebut mengira lagi dengan jarinya. "tiga, cikgu!"
kali ini jawapannya tepat. wajah guru tersebut berseri-seri. "bagus. tepat sekali jawapan kamu tu" "sekarang, kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat?" soalan awal diulang lagi buat kali ketiga, namun jawapan yang diberikan tetap empat.
kali ini si guru sudah hilang sabar. disoalnya murid itu dengan marah: "macam mana kamu dapat jawapan empat pula ni?!"
dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab: "sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya, cikgu." Pengajaran: mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang berbeza, tetapi jangan sesekali mendengar dengan satu tenggapan yang sudah dijangka. jadi, dengarlah dengan matahati malah jika berbeza pendapat, tidak bermakna satu pihak betul dan satu lagi pihak salah. boleh jadi kedua-dua pihak betul atau kedua-dua pihak salah.
sekian, wasalam... ^_^
No comments:
Post a Comment