Monday, February 14, 2011

salam maulidur rasul!!

assalamualaikum semua!! esok kita akan menyambut maulidur rasul! dan esok juga kita akan cuti!! harap2 kita dpt berselawat dan sentiasa berzikir dgn lebih byk esok keyh! cuba teka kita menyambut maulidur rasul untuk tahun hijrah yg ke berapa..? sape yg selalu tengok TV RTM2 tau la... sebab asal iklan jew akan tunjuk countdown hari maulidur rasul ni... 1432 hijrah laa... korang tau tak apa maksud maulidur rasul ni sebenarnya? birthday rasulullah laa... ok skrg kita nak tau lak berapa umur rasulullah kalau beliau sekarang..,

1 hijrah, umur rasulullah = 53 tahun (klo tak silap la),
1432 hijrah, umur rasulullah = 1432 + 53 = 1485 tahun


ok kita tgk pulak petikan dr wikipedia:
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
ok apa2 pon tujuan kita sambut maulidur rasul ni adalah supaya kita mengingati kembali sejarah rasulullah agar pengajaran dapat kita jadikan tauladan bersama... wallahu'alam...

wasalam

1 comment:

sot said...

Beruntung kita kerana menjadi umat Rasulullah, manusia terhebat di dunia dan di akhirat. Kita mengharap shafaat dari Rasulullah untuk menyelamatkan kita dari azab neraka. Jom kita berselawat. Sekurang2nya kalau kita berselawat 10x pada setiap selepas solat fardhu, maka dapat 50x. Yang penting istiqamah. Agungnya Rasulullah sehingga menjadi Kekasih Allah. Maulidur Rasul menzahirkan peringatan kita pada detik kelahiran manusia teragung ini. Yang penting hayati sirah Rasulullah dan amalkan sunnahnya. Semoga kita termasuk dlm kelompok umat yang disayangi Baginda.