Monday, October 31, 2011

baru nak belajar mengira... perikse da abih...!

assalamualaikum...

periksa math da lepas lama da... tapi aku baru jumpe mende ni... kalo jumpe awal sikit bole aku gune dalam periksa aritu... :'(

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10 = 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

kire la kalo tak caye...

p/s: esok aku periksa last paper, Ekon... tulong la doakan aku... nak A!!! owh lupe ngan PJK skali.. HAHA

wasalam ^_^

follower ku triple '1'

assalamualaikum...

yay yay! aku punye follower sudah berangka 111...! nombo yang sangan cun! haha sikit jew... tapi da membuatkan aku gumbira sekali! setelah 3 ke 4 tahun blog ini wujud, baru 111 follower yg aku boley kumpul...? ish3! tapi tak pew laa aku buat post2 ni sume untuk wat kenangan di mase hadapan... bukan nak suruh orang bace sangat pon... hehe ...

ok follower bertuah yang bernombor 111 adalah cik ERUZU LIYANA ... tahniah dan berbanyak terima kasih kepada follower2 sekalian kerana telah sudi untuk follow blog Strawberry Smile yang tak seberapa ni... hehehe... follow, follow jugak tapi jangan la lepas follow tak ikut perkembangan blog ni pulak... hehe ape2 hal jangan sengan2 untuk bagitau saya melalui email atau comment.... kat shoutbox pon kite bole ber'chit-chat'! hihihi

ok la sampai disini dulu... wasalam ^_^


Friday, October 28, 2011

maria elena...peliks? i loikeeeeeee!!!

assalamualaikum...

tagline kak MARIA ELENA ni pas bagi salam dia akan cakap "assalamualaikum.. kalo tak jawab dosa.. kalo jawab sayang!!" .. okeyh arini aku akan post pasal kak maria elena yang kiut ni!... beliau seorang bloger yang terkenal (ceh! ber'beliau'2 pulak.. hihi)! sapa yang tak kenal maria elena..? hehe..

beliau seorang yang sangat sempoi, cantik, comey, suke wat muke, lawak sampai pecah perut, gile-gile n cool cangat! aku jumpe blog die ni da lama... aku wat blogwalking dulu2 from blog to blog akhir nyew telah menemukan aku ngan blog akak staylish yang cantik nie!

kenapa aku nak cite pasal MARIA ELENA aka Maria Elena Is Greek Helen ni? aku nak cite sebab baru2 ni dia telah dikunjungi oleh famili pakwe nye... soo sweet! dorang datang merisik laarhh...! kak maria sangat exited mase tuh tau! kalo anda nak tau betapa eksaited nye beliau, bole la berkunjung ke SINI .. jom tengok gambar die pulak:


ni la orang nye ^_^


with her Dato'! so sweet! soo romentik! so so so!!!

with HANA TAJIMA.... OMJayyyyy!

 maria elena with HELIZA HELMI! kiut miut :)

kak maria panggil pakwe die - Dato' -.. adik kepada Dato' ni FATIN LIYANA, bloger yang comeyL tuh! so tak lama lagi fatin liyana ngan maria elena bersaudara larh...!! wahhh...

Maria Elena ni ade wat vlog jugak! vlog die mmg superb laa... sempoi jew... tak macam orang lain yang wat vlog, dok tak habih2 kontrol cun... :P er emosional la pulak! hehe... yang kat bawah ni vlog2 beliau.. jemput la klik :D

comey
lawak

semoga kak MARIA ELENA terus majuuuuuuu!!! <3

p/s kepada kak maria: sori amik ur gambar tanpa permit... 6,6

wasalam

Sunday, October 23, 2011

cuti seminggu nak buat ape?

assalamualaikum...

esok sebenar nyew skola.. tp cikgu awal2 lagi da pesan "erm hari isnin ni skola, tp kamu sume tak payah la datang sekola yew, sebab cikgu pon tak dew mood nak ajar kamu.." (er yg takde mood tuh saje aku tambah... hehe) cikgu pesan soh jangan datang, so wat pew kite terhegeh2 nak datang...? HAHA jadi nyew kire esok pon cuti laa... makne nyew aku ade seminggu untuk bersuka-rai sebelom bukak sekola n periksa 2 paper lagi.. hehe... dari hari jumaat malam lagi aku da start layan cite korea! sekarang tengah femes cite HEARTSTRINGS! so kite layan la cite ni ramai2!

watak2 utama.. dengan couple masing2 <3


wah~wah~ *o* sweet nyew!



suke watak die ni! comeyL gilew!!!! >< da la suke makan! cam aku pulak.. HAHA

^o^

aku download cite ni dari kawan... korang kola nak tengok online bole la ke www.epdrama.com then klik la pae yang patot.. kat mysoju pon ade... so enjoy larhhh... :D k la aku nak sambung tengok! babye!

wasalam

Thursday, October 20, 2011

cerita budak 2tahun kene langgar di beijing :'(

assalamualaikum...

cerita ini aku copy paste from fb untuk di share bersama2 anda yang telah kemari ke blog ini...

~~~
Tau tak ? Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?

Admin yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.


Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?


Jom kita baca...


"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...


Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.


HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah

Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?


PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...


Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?


Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.


Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,


die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..


Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...


Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !


JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...


Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...


Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.


Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~


So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.



~~~

wasalam :'(

add math! i loveeeeeeeeeeeee u verrrrrryyyyy muchhhhh!!!!!

assalamualaikumm.....


minggu pekse bulum berakhir... arini periksa add math... susah nak mampoih! ape punye soklan la kuar tadi... satu hape pon tak faham(er ayat gimik jew tu)... sebelom periksa, gambar kat atas tu enak2 menari dalam kotak fikiran ku... da dpt kertas periksa, terus pecah bederai angan2 ku...  :'(  hmm nak wat cam ner... mama nan papa suroh belajar tanak... nak jugak tengok cite korea... ha ni la padah nye... da tak ley wat add math... esok sains pulak.. hmm tak tau la cam ner... kite berserah jew la pada takdir yew... hehe

masa wat periksa tadi, macam2 masalah la pulak timbul... sakit perut la, sakit mata la... nak terkucil laaa... ape la... tapi aku tak bole nak pi tandas sebab takut masa tak cukup.. hmm jawab nye tahan jew la... =,= habih jew periksa terus pi tandas... seb bek tak kene tinggal van kalo tak terpakse la tercongok kat skola sampai kol 2.30... 

budak2 kelas aku tok sah kate la macam2 bunyi mengeloh ade... "huh! haaaaah! hoh!"  sume ade... cikgu baru kate "ok....." dorang da start meracau "jap cikgu...!!! tak siap lagiiiii!!!!" aku hanya mampu tersengih... hehe

k bye nak tido... dok membebel jew tak gune jugak... doa kan aku ley buat sains esok... hihihi

wassalam... (^_^)

Monday, October 10, 2011

mutiara kata - from majalah GenQ

assalamualaikum...

er memang sekarang tengah dalam 'MINGGU PEPERIKSAAN' lagi, tapi aku still nak wat posting gak... terjumpe satu artikel dalam majalah GenQ.. ari sabtu aritu ustaz ZAHAZAN MOHAMED datang ceramah kat surau jalan ros... ustaz ni femes! ala ustaz yang selalu kuar dalam radio IKIM fm tuh yang dalam slot 'TAFSIRUL QURAN'... kalo nak dengar waktu2 pagi ade la berkumandang nya suara serak2 basah ustaz ni dalam radio ikim... so nak cite nye, ustaz ni la 'ketua'  untuk penerbitan majalah GenQ ni... majalah SOLUSI pon dia terbitkan jugak.. malam ceramah tuh ustaz ni bawak la majalah2 die untuk dijual kat kitorang2 ni... papa pon beli la majalah GenQ ni coz majalah ni majalah baru... setakat ni dah 3 edisi da kuar.. papa sebenar nye nak beli tiga2 tapi satu edisi tuh da abih... so beli dua jew la...

majalah ni khas buat remaja2 belia sebenar nya... aku baca la majalah ni... intresting la jugak.. majalah ni membincang kan tentang persoalan2 tentang ramaja cam kite ni la... banyak topik2 yang best.. bahasa nye pon tak 'berat' sangat... berbalik pada artikel yang aku nak share ngan korang ni, kata2 mutiara IMAM SYAFII tentang kehidupan:


  1. belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya..
  2. menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat...
  3. sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan2, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya...
  4. sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendak lah dia mencari ilmu...
  5. seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa kemiskinan.
  6. sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalami nya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
  7. kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinana orang jahil ialah kemiskinan kesusahan...
  8. insan yang paling tinggi darjat nya ialah yang tidak melihat darjat nya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaan nya...
  9. persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat...
  10. orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.

"Ya Allah, bukakan lah jiwaku ini kepada perkara2 yang baik2 sahaja... aminn"

sekian wasalam... 

Saturday, October 8, 2011

final exam telah bermula semalam

assalamualaikum...
 haa ni la die kerja khusus yg selama 2 bulan aku nak kene siap kan...  :P

semalam exam akaun..... SUSAH...! tuh jew aku boley kata... doa kan la subjek yang lain2 tak sesusah akaun... er kerja kusus akaun da siap akhir nye... tuh pon imanat yang tulong... hhehe thx imanat... folio sivik pon da siap... tapi da terlebih tarikh penghantaran.... pa pe jew laa..  tolong doakan aku succes keyh!

chow! wasalam..

Sunday, October 2, 2011

Koir - Mini Konvokesyen 2011

assalamualaikum...

semalam aku berkoir di Kuala Kubu Bharu bersempena dengan Hari Konvokesyen budak2 form 5 tahun ni... seawal 5.30 pagi aku bangun tido semata2 nak sampai awal kat sekolah sebab cikgu kata kene sampai sekolah sebelom kol tujuh... tengok2 aku budak yang TERlewat datang... apadaa...

semalam best ar gak gi ikot dorang konvokesyen ni.. so aku ade la gambaran sikit tentang cam ner aku tahun depan nak amik sijil atas pentas... pah tu ade la beberapa orang ni wat drama jejak kasih..  terharu la kate kan... aku pon hampir2 da mengalirkan air mata tengok dorang2 ni... haish..

lepas kitorang wat persembahan rasa lega gile!! and rasa nak nyanyi lagi sekali.. hehe mula2 rasa takut la jugak... pastu jadi hepi lak pas nyanyi2 atas pentas... cikgu pon kata kitorang nyanyi best... bangga!

err tapi disebab kan kitorang punye dress up kemeja putih n slack hitam, mereka2 menggelar 'PEKERJA KETERING'....!!! OMJayyyyy!!!! tak bole blaa betoLL!!!!!!

peace la sume nye....


sebelom naik bas berposing jap...

dipertengahan jalan, bas kitorang stuck in the moment! pakat2 la kite tolak same2!

berekfes dulu sebelom nyanyi...

domo-kun

berator sebelom masuk ke dewan tuk mulakan nyanyian.. gabra dowh.. =.=' tp sume tunjukkan muka bahagia masa nak amik gambar.. syabas!

makan selepas nyanyi.. nasi tomato..  C =

kami budak hot! aku yang paling sopan ^^'

tokoh pelajar 2011.... Zafri Zulkeffeli !

 bersama ketua pengawas 2011.. hensem kan ? HAHA
 
dalam dewan ^_^

kitorang bertolak balik dalam kol 12.30 cam tu ar ... sampai umah dalam kol 1.30.. pah tu mama kata nak kene pi Lembah Beringin lak... aduhh hari yang memenatkan betol... :P


wasalam