Sunday, August 24, 2008

Ramadhan.. Apakah yang perlu kita ketahui??

1. Kelebihan Ramadhan?
  1. Daripada Abu Hurairah ra, bahawa rasulullah saw bersabda: "Allah Azzawajalla berfirman, "Setiap amal anak Adam (manusia) itu membawa manfaat bagi dirinya sendiri kecuali puasa, kerana puasa adalah untuk-ku dan aku sendirilah yang akan membalasnya."
  2. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi.

  3. Orang yang berpuasa mengalami dua kegembiraan iaitu; kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan bertemu tuhannya kerana besarnya pahala puasa.

  4. Manusia tidak diganggu oleh syaitan kerana mereka diikat.

  5. Para malaikat turun kebumi ketika Lailatul Qadar.
  6. Pahala yang besar bagi orang yang menunaikan solat sunat tarawih.

2. Makna Puasa?


Menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

3. Rukun?

  1. Niat untuk berpuasa di bulan Ramadhan.
  2. Menahan diri daripada melakukan segala perbuatan yg membatalkan puasa.

4. Disunatkan?

  1. Menyegerakan berbuka puasa.

  2. Sunat berbuka puasa dengan kurma, makanan manis atau air.

  3. Menjamu orang lain berbuka puasa.

  4. Memperbanyakkan ibadah dan buat kebaikan.

  5. Melewatkan waktu makan sahur.

5. Hikmah?

  1. Menguatkan jiwa daripada hasutan hawa nafsu.
  2. Mendidik kemahuan melakukan amal kebaika
  3. Menyihatkan tubuh badan.
  4. Mensyukuri nikmat.
  5. Menginsafi diri dan merasakan penderitaan orang lain.

6. Elakkan?

  1. Pembaziran.
  2. Tidur yg lama pada waktu siang hari.

7. Apa itu Lailatul Qadar?

Malam Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam Qadar turunlah para malaikat ke bumi.

8. Bilakah Lailatul Qadar?

Pada salah satu daripada sepuluh hari terakhir bulan ramadhan.

Monday, August 18, 2008

10 Perbuatan SIA-SIA

1- Orang yang berdoa utk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa utk ibu bapanya sendiri dan kaum muslimin.

2- Orang yang tidak berterusan membaca al-quran walaupun sedikit.

3- Orang yang masuk ke masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4- Orang yang melalui tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan utk keselamatan arwah-arwah mereka.

5- Lelaki yang masuk pada hari jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat jumaat berjemaah.

6- Orang yang tinggal setempat dgn seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesenpatan itu utk menambah ilmu pengetahuan.

7- Dua orang yang bersahabat, tetapi mereka tidak mengambil berat tentang keadaan masing-masing dan keluarga.

8- Orang yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak melayan tetamunya itu.

9- Orang yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu utk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10- Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang kelaparan, sedangkan dia kekenyangan di dalam rumahnya.

Kebaikan Coklat

Dari kecil lagi saya sangat sukakan coklat. Saya telah mencuba beberapa jenama coklat yang lazat seperti Cadbury dan Vanhoulten.

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.
Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.

Coklat bukan sahaja berkhasiat tetapi menyumbang kepada pemakanan seimbang kerana mengandungi:

15 peratus lemak, 6 peratus protein, 17 peratus karbohidrat, 15 peratus tenaga, vitamin dan mineral diperlukan. Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol bahan kimia yang di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh.



Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Amat sesuai dijadikan makanan gantian sewaktu menjalankan kegiatan seperti mengembara, bersukan serta aktiviti rekreasi lain.