Wednesday, April 30, 2008

Soalan Cepu Mas

Soalan : Kenapa kalau masuk temple Cina
patong dorang mata sepet tapi kalau masuk
temple India patong dorang mata terbeliak?

Jawapan : Temple Cina dorang datang bawak
joss sticks berasap-asap kene mata pedihlah, tu
pasal mata dorang sepet. Kalau temple India
pula yang datang aci-aci pakai sari nampak
pusat, nafsupun naik, tu pasal mata
TERBELIAK.

Tuesday, April 29, 2008

Budak Sekolah

Cikgu Azlili mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 3 Dinamik....

Cikgu : Sharul, boleh kamu buat ayat dengan
mengunakan perkataan 'Tepung'
Sharul: Itu senang saja cikgu....... ayatnya ialah
Emak sedang buat kek di dapur.
Cikgu : Mana perkataan tepungnya.....?
Sharul: Dalam keklah cikgu.....
Cikgu : (Bengang)

Kawan..

Kita kawan...
Duduk sama-sama makan,
Jangan kawan makan kawan!!
Jangan kata belakang-belakang...

Kita tetap kawan...
Sama-sama bersembang,
Jangan tikam dibelakang kawan,
Lidah tidak bertulang...


Kita terus jadi kawan,
Berganding seiring jalan.
Jangan pijak kepala lawan,
Kerana kita mengejar impian...


Siapa kawan, siapa lawan,
Menangis, tawa riang, susah senang,
Masa yang menentukan,
Kita kenal siapa kawan, siapa lawan...


khas untuk semua kawan saya terutamanya Ferra, Azwin n Afifah.

Sunday, April 27, 2008

Rahsia Bulan Kelahiran Saye...

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
*Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Puisi Untuk Mama

Selamat Hari Ibu Mama…

Mama…..
Kaulah ratu hatiku,
sumber inspirasiku…
Mama…..
Begitu banyak
jasamu terhadapku
tidak mungkin dapatku
membalasnya…
Walau wang berjuta
kuberikan,
namun pengorbananmu
mengatasi segalanya…

Mama…..
Akanku kenang jasamu,
sepanjang hayat
dikandung badan.


Anakmu…